Make your own free website on Tripod.com

PAK LAH AKHIRNYA TEWAS DI TANGAN KETUA PUTERI UMNO, "DATUK AZA"

"Saya bagaikan tak percaya yang Pak Lah akan menjadi Perdana Menteri yang paling singkat dalam sejarah! Cuma 4 bulan sahaja...tahniah kepada BA. Semoga BA akan memerintah dengan cemerlang seperti yang dijanjikan." .... komen seorang penganalisis Politik ketika mengulas kekalahan Pak Lah di Pilihanraya ke-11 disebabkan oleh Azalina dan anaknya sendiri Kamaluddin Abdullah Ahmad Badawi.  

Di dalam akhbar Utusan Malaysia, 9 Mac 2004, di dalam sisipan "pilihanraya", Setiausaha SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengatakan bahawa parti yang bertanding akan terbatal dan tewas di dalam pilihanraya sekiranya menjanjikan syurga, seperti katanya:-

"Adalah melanggar peraturan di bawah seksyen 9(1) dan 9(2) Akta kesalahan Pilihanraya kerana mengembangkan persaan jahat serta mengenakan tekanan emosi kepada pemilih"

 
Di dalam laman web http://www.gtputeri.com, Azalina dengan menggunakan lidah rasmi Puteri UMNO menjanjikan syurga sekiranya memilih "anak yang soleh" ini:-  
 
SOALAN YANG MEMERLUKAN JAWAPAN SEBELUM 21 MAC 2004:-  
1. Apakah tindakan yang akan diambil oleh SPR di dalam kes ini?  
2. Apakah sistem kehakiman akan adil di dalam hal ini?  
3. Jika Abdullah Badawi masih boleh menang di dalam pilihanraya ke-11 ini, dia sudah pasti membeli SPR, kehakiman dan media (yang membuat pengumuman kemenangan). Mari kita lihat sandiwara hebat itu pada 21 Mac 2004, di TV1, TV2, TV3 ....bla bla bla)